Sabtu, 23 Maret 2013

JAGALAH HATI


" HATI " 
Hati merupakan raja dalam diri. Jika baik hati itu maka baik la seluruh jasad itu.
Rasullulah s.a.w bersabda: " di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baik lah manusia tersebu. Jika sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pula lah orang tersebut. Daging itu ialah hati".

Iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap. segala perubahan yang dilakukan mesti berkaitan dengan soal hati. Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan luar biasa dalam diri manusia yang biasa. Keyakinan dan keimanan pada Allah merupakan sumber kekuatan untuk melakukan perubahan kerana ia merungkai semua halangan dan godaan luaran yang mengganggu usaha ke arah perubahan.

Berhati-jati menjaga hati. Hati yang sakit perlu dirawat dengan segera. Hati umpama badan kita, apabila badan kita sakit contohnya demam kita berjumpa doktor untuk meminta rawatan. Bila badan tidak sihat kita akan merasa tidak selesa dan tidak bermaya. Begitu juga hati kita, bila ia sakit hati kita perlu dirawat, bila hati sakit kita akan merasa resah dan kelisah. Jiwa tidak tenteram dan bergelodak di sebabkan hati kita sakit.

seumpama penyakit yang lahir ada virus atau bakteria puncanya. begitu juga penyakit hati. Virus penyakit hati ialah
DOSA. Virus ini menyerang tidak secara mendadak ia merosakan hati secara perlahan-lahan dan berperingkat. Kejahatan bukan satu kebetulan, tetapi ia kebiasan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap.

Tidak ada komentar: