Sabtu, 23 Maret 2013












“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"
Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"
Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

ADITYA RIZA PRADANA

BRAHUL DOT COM

ASSHIDDIQIYAH 06 SERPONG

Griya Suradita Indah

MALAM PUNCAK HUT RI KE-73 ( GSI RT 08 )

Murottal Al Quran Ali Abdur-Rahman al-Huthaify

aditya riza pradana

Gepeng Tea

Album Sings Legends 2016

LUCU DOT COM

Dangdut Sings Legends

Favorit



JAGALAH HATI


" HATI " 
Hati merupakan raja dalam diri. Jika baik hati itu maka baik la seluruh jasad itu.
Rasullulah s.a.w bersabda: " di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baik lah manusia tersebu. Jika sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pula lah orang tersebut. Daging itu ialah hati".

Iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap. segala perubahan yang dilakukan mesti berkaitan dengan soal hati. Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan luar biasa dalam diri manusia yang biasa. Keyakinan dan keimanan pada Allah merupakan sumber kekuatan untuk melakukan perubahan kerana ia merungkai semua halangan dan godaan luaran yang mengganggu usaha ke arah perubahan.

Berhati-jati menjaga hati. Hati yang sakit perlu dirawat dengan segera. Hati umpama badan kita, apabila badan kita sakit contohnya demam kita berjumpa doktor untuk meminta rawatan. Bila badan tidak sihat kita akan merasa tidak selesa dan tidak bermaya. Begitu juga hati kita, bila ia sakit hati kita perlu dirawat, bila hati sakit kita akan merasa resah dan kelisah. Jiwa tidak tenteram dan bergelodak di sebabkan hati kita sakit.

seumpama penyakit yang lahir ada virus atau bakteria puncanya. begitu juga penyakit hati. Virus penyakit hati ialah
DOSA. Virus ini menyerang tidak secara mendadak ia merosakan hati secara perlahan-lahan dan berperingkat. Kejahatan bukan satu kebetulan, tetapi ia kebiasan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap.

Rabu, 13 Maret 2013